Friday, May 20, 2011

=hanya untuk bacaan semata-mata=

-FITNAH DI HUJUNG LENSA-


mungkin ini maksud sebenar kata -kata orang tua,
"jangan bergambar bertiga , nanti ada yang mati"


"Ustazzz, Assamualaikuuum!!" terdengar suara kasar bertempik dari anjung surau.....saya terkejut.... capati dilepaskan kembali ke pinggan...
"Err, waalaikumsalam." saya membalas salam beriringan dengan senyuman....
"saya sudah lama mencari peluang untuk bertemu denagn ustaz.....nak minta tandatangan buku ni... katanya
seorang anak gadis yang hadir bersama ke kuliah saya malam itu..
pakcik-pakcik yang sedang menjamah hidangan ringan usai ceramah dan solat isyak itu nampak terkejut dengan keramahan anak gadis itu..... terkejut juga dengan saya yang baru pertama kali berceramah disitu barangkali.....
saya serba salah
"ustaz saya nak tanyalah, apa tip untuk orang yang putus cinta ya??? kata anak gadis itu.. duduk bertimpuh hampir-hampir bertemu lutut menghadap saya.. hingga mengesot pak cik di sebelah memberi laluan..
"Err,saya tak pernah putus cinta.. fadilat tidak bermain cinta barangkali... rasanya ada belaka dalam buku-buku ini..! saya membalas ringkas...
"Pak cik saya nak bergambar dengan ustaz".. tolong ambikkan gambar kami.. "kata anak gadis itu sambil menyerahkan kamera digitalnya kepada pengerusi surau...
dia segera duduk rapat.saya pula menjauhkan diri kerana takut tersentuhnya.,,, sesutau yang tidak harus,apatah lagi untuk diabadikan dalam sebuah foto yang 'penuh berkat' kerana di ambil oleh pengerusi surau..
"okey terima kasih pakcik.. terima kasih ustaz.. Assalamualaikooomm!" katanya sambil melambai tangan kepada kami... muka saya merah padam.. telinga pun panas.. pelbagai perasaan bercampur aduk...

MAKIN MENJADI-JADI

Sesungguhnya saya sangat tidak suka dengan perkembangan setahun dua ini apabila ramai muslimah mahu bergambar bersama... yang beramai-ramai itu satu bab, ini yang solo pun satu isu juga... mahu saja saya tolak mentah-mentah... tetapi tak tergamak mengaibkan dia di depan orang ramai..
SEKADAR MEMBERI PERINGATAN...
"panggillah kawan-kawan lain",saya cuba mengelak bergambar solo dengan perempuan...
saya adalah seorang lelaki ,muslim ,yang bukan mahram anda dan mengharapkan ada secebis haya' untuk bertindak sebagai benteng yang membatas tindak-tanduk kita... untuk bergambar sama-sama antara seorang lelaki dan perempuan syaitan tidak membezakan status atau profession kita.. dia sentiasa menjadi pihak ketiga  dalam sekeping gambar yang menghimpunkan "kita berdua"..
mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua ."jangan bergambar bertiga.,nanti ada yang mati"... hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan mahram bergambar bersama,syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang@kedua-dua nya... elakkanlah bergambar solo
dengan mana-mana lelaki@perempuan yang bukan mahram anda,begitu juga lah dengan anak-anak muda... janganlah di biasakan bergambar dengan perempuan-perempuan dan lelaki- lelaki yang bukan adik beradik ... ia menyalahi adat,adab dan syariat kita...


*hanya sekadar bacaan semata2*
tidak berniat untuk menyinggung siapa2
sekadar entri berkaitan lensa

sumber:aku terima nikahnya-3 (murrabi cnta)


2 SUKA GAMBAR INI:

yann said...

nasib baitlah aku jarang2 nk begambar ngn org laki bedua..dolok2 tolak ke tepi cz masa yaa gik bodo bodo huhu..masa tok pun bodo bodo juak tp dpt dikawal :P

gadisnikon said...

yann:haha... xpa yg lmk kta lupakan.. yg baru kta try elak2 kan... insyALLAH...